Hari Paling Spesial? Hari Pekerja?

7:22 AM

ASSALAMUALAIKUM

Jarang sekali Laki Terok nak mulakan entri dengan memberi salam kan? Salam dah diberi so apa tunggu lagi? Jawab ler lelaju, tak jawab dosa!

1 Mei 2015, hari yang kita sudah sedia maklum hari cuti umum yang disambut di seluruh dunia sebagai satu penghargaan buat semua tenaga kerja atau nak lebih senang faham hari ini ialah Hari Pekerja. Ehh kejap mana satu yang betul, Hari Buruh ke Hari Pekerja? Mana-mana pun boleh labu asalkan jangan kau sebut Pusat Gedung Pakaian Hari-Hari je mentang-mentang ada perkataan Hari.


     

Hari Pekerja pertama yang disambut di Malaysia adalah pada 1 Mei 1972 yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Ismail Abdul Rahman. So, apa keistimewaan Hari Pekerja ini selain semua pusat gedung membeli belah penuh dengan para pekerja yang bercuti? Murid-murid dan pelajar-pelajar pun turut sama cuti, tapi itu bukan keistimewaannya. Keistimewaan Hari Pekerja adalah akan adanya Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan dan jugak Anugerah Hari Pekerja dan sebagainya.

Tema Hari Pekerja 2015: Pekerja Sihat Produktiviti Meningkat

Apa tunggu lagi? Macam biasa trend ucap mengucap ni bila ada hari special, Selamat Hari Pekerja buat semua individu yang bergelar pekerja tidak kira di sektor swasta mahu pun kerajaan, abang-abang dan kakak-kakak yang berdiri hampir 10 jam di Jusco yang mungkin tak cuti pada hari ni, guru-guru yang memberi inspirasi pada generasi termasuk juga cikgu-cikgu praktikal yang cantik-cantik meow~, kakak-kakak yang mahir buat kira-kira duit di bank, para pengawal keselamatan yang bersengkang mata mengawal keselamatan tatkala orang lain sedap memeluk isteri di waktu malam, tak kiralah siapa pun anda dan apa pun pekerjaan yang anda lakukan, Selamat Hari Pekerja!

Kejappp! Tak lupa jugak buat yang masih bekerja pada hari ini, jangan sedih-sedih tapi nikmatilah hari ini, dalam ramai-ramai sedang seronok bercuti andalah yang dipilih untuk bekerja. Senyum, dan tingkatkan semangat anda untuk bekerja sebab harini double pay. Gila ke apa kalau semua nak cuti hari ni, siapa nak scan barang dekat kaunter cashier? Siapa nak jaga depan Kedai Emas Poh Kong kalau-kalau ada pencuri datang merompak dan siapa pulak nak jaga keselamatan kita kalau tak ada unit beruniform yang bertugas hari ni? Tak ke huru-hara nanti.

Buat brader-brader yang mungkin seronok bercuti hari ni jangan lupa pulak kewajipan kita hari Jumaat harini… Okay itu je.


Nota Kaki: Hari yang paling spesial bukanlah Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Ayah mahupun adik beradik Hari yang lain, tapi hari yang paling spesial adalah bila mana kau sedar untuk menikmati hari-hari yang mendatang.

You Might Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

Ping!