Class Of D10 (PALAM)

5:05 AM

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Selesai sudah tempoh hampir 8 bulan kita rasakan pahit manis suasana pembelajaran di Asasi. Terlalu cepat masa berjalan sedang kita asyik menjalin persahabatan. Dalam masa singkat, banyak perkara yang kita tempuh dan juga kongsi. Hakikat tetap hakikat, membawa kita pada realiti.

Tapi sedarkah, kita masih punya memori yang boleh dikenangkan. Meski yang pahit itu lebih banyak, tetap kita punya satu yang manis yang kalau kita imbaskan satu persatu mampu buatkan kita tersenyum. Tersenyum memikirkan telatah kita, rindu dengan apa yang telah kita lalui bersama. Tipulah kalau langsung tiada yang terlintas, apa keras sangat hati kau! Okay sambung ambik mood balik. 

Mula pada hari ini, dah tak ada yang kita nak gelar "pelik" dan lihat "kepelikan" dia yang dia sendiri tak tahu apa kepelikan yang dia lakukan. Tak ada dah orang yang akan kita suruh flip hair sambil kita rakam guna slow mo iPhone. Tak ada yang akan silang tangan kalau kita bergambar. Dan buat aku, dah tiada kuliah biologi, waktu kegemaran untuk tidur. Maaf Miss, hehehe.

FRIM, Setia City Mall (SCM) yang sentiasa setia jadi tempat hiburan kita di PALAM, BBQ, Madam Khaida, Publika okay mungkin ada yang cemburu maaf, HAHAHA. Tak lupa juga kata-kata "Manners Maketh Man" yang Wak Doyok jet jet jadikan kata-kata dia, ya masa kita sama-sama tengok Kingsman. Loghat utara, bahan-membahan, banyak lagi kalau nak ditulis satu persatu, tapi biar yang selebihnya kita simpan untuk kita rindukan.


Sisipan kenangan:













Maaf kalau apa yang ditulis tidak terkesan, cuma terkilan kalau ada yang melupakan. Semoga berjaya dengan haluan masing-masing.

Templer Park mana? Masih tak terjawab! 

  

You Might Also Like

12 Comments

  1. wah seronok pengalaman belajar di kolej dan universiti :-)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Ada 70 kelas untuk sains, setiap kelas dalam 30 orang. Hahaha.

      Delete
  3. best nya ambik asasi..gudluck yer..ingat ad terselit ezlisa loy!eh!hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, ezlisa loy kelas lain. Tak sama kelas huhuhu.

      Delete
  4. abam caaakkkirrrrrrrrr

    ReplyDelete
  5. eh budak palam ke gak dulu? sama batch pulak kita kan, 2015. hai saya dari kelas A7, salam perkenalan. sorry stalking but one sure thing love to read you pieces of writing. keep it up!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,, Abg nk tny klu macam saya,, saya dpt asasi sains dekat uitm dengkil. Mcm mn nk thu kita asasi sains hayat atau asasi sains fizikal.?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,, abang nak tny mcm mn kita nk thu kita dpt asasi sains hayat atau sains fizikal?

    ReplyDelete
  8. aliran sastera minimum nak brpa A yer asasi tesl?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

Ping!