Che Ta, Plastik, Aku dan Puaka

8:07 AM

Hari ni aku rasa nak rebel, bukan sebab terkejut Che Ta dah bertudung yang buatkan dia lagi cun, bukan jugak sebab mak cik-mak cik jual nasi lemak depan rumah aku yang selalu ketawa berdekah-dekah macamkan puaka ganggu tidur aku, bukan!

Aissh marah semacamkan aku, tak adalah cuma aku rasakan makin lama makin plastik jadinya aku. Plastik dahlah susah nak mereput lagi-lagi jadi penyumbang utama pencemaran alam. So, lagi lama aku jadi plastik lagi banyak plastik-plastik yang membaluti tubuh sasa aku. Pantang keturunan aku, biar diri puaka tapi jangan plastik!

Teringat sekali tu hari minggu, aku pagi-pagi sebelum subuh lagi dah bangun, ni konfem kalau mak cik-mak cik baca ni berebut nak bermenantukan aku, mana tak hari minggu biasanya orang membuta membawak ke petang tak terkecuali makwe-makwe pun. Okay, sambung cerita. Sementara nak tunggu pukul 10 pagi macam yang dah dijanjikan dengan seorang puaka bilik sebelah untuk makan dekat luar, aku isikan masa dengan membaca nota-nota kuliah, scrolling burung biru tak lupa juga usha foto-foto terbaharu senyuman manja makwe-makwe di Instagram.   

Jangan tenung lama sangat underarm dia!
Jarum jam tepat menunjukkan pukul 10 pagi, waktu yang dijanjikan dah tiba tapi puaka berkenaan belum lagi muncul. Dengan pantas aku bangun, menghumban kesemua buku-buku di hadapan aku tanda protes, terus menuju ke bilik puaka. Aku terajang pintu bilik dengan kaki kiri, sedap dia membuta yang sesekali tersenyum nipis, entah apa dia mimpikan. Tanpa menunggu lama, aku terjun ke atas katil dia dan dengan pantas menceduk leher dia. Menggelupur dia bila hampir separuh badan terangkat, lidah mula terjelir-jelir, mata terkebil-kebil menahan kesakitan. "Cepatlah siap, kata nak makan luar." Terbatuk-batuk puaka, impak dari cedukan aku tadi.

Selesai bersiap, si puaka ajukan aku soalan. Soalan ni memang cliche, tapi jauh lebih susah dari soalan SPM apatah lagi soalan final. Walaupun hari-hari aku diajukan dengan soalan sama tapi tetap tak tahu jawapan yang paling tepat. "Nak makan mana?" Hampir mencarut aku bila terdengar soalan ni. "Makanlah mana-mana."

Suasana pagi minggu memang cukup menyegarkan, angin pagi yang dingin terus-terusan merempuh badan sasa kami. Sunyi kawasan kampus yang kalau biasanya penuh dengan kelompok-kelompok pelajar berjalan di kaki jalan. Jaga bantuan juga jinak di dalam pondok masing-masing duduk memerhati sambil memegang buku saman.

Lepas hampir bertumbuk di atas motor kerana keliru nak memilih tempat makan, akhirnya kami sepakat. Masuk-masuk je kedai, dah terpandangkan perkataan nasi briyani dan kalau pekena ni gerenti kekenyangan 5 jam. Tengah ralit perhati lauk yang ada, berdiri seorang makwe dengan muka psiko ehh kejap mak cik kot dengan mamak sedang sibuk membungkus lauk ke dalam plastik. Mak cik tersebut juga memegang plastik.

Dalam dua tiga kali jugaklah aku panggil mamak ni untuk ambil order tapi boleh pulak dia buat tak tahu. Darah panas aku mula mengelegak, ikutkan hati nak aku hentakkan kepala mamak ni dekat kaunter lauk tapi mujur kedai ni penuh dengan orang, pelajar-pelajar yang kebuluran, suami isteri yang pemalas nak masak sarapan, dan juga makwe-makwe yang duduk menjeling manja ke arah aku, jatuh kredibiliti aku nanti.

Dan belum sempat aku membuka mulut untuk menahan, puaka dah buat pasal. "Kak, nasi briyani  dua kak, makan." Semerta, muka mak cik psiko tu berubah merah. Aku pulak sedaya upaya menahan gelak yang tak tertahan." Apa ingat muka aku ni macam kerja kat kedai mamak ke?" Mak cik tadi tersenyum kelat, memandang kami geram. Puaka tersenyum malu, nasiblah mak cik tadi tak naik hantu suapkan dia dengan plastik, kalau tidak jangankan nasi briyani mungkin nasi kenduri arwah yang aku merasa.

Nota Kaki: Hari ni ada date dengan puaka.


You Might Also Like

2 Comments

  1. nota kaki:hari ini ada date dengan puaka,tagline itu lawak :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHA, yup kesian yang bergelar puaka :D

      Delete

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

Ping!