Jom Sambung Belajar : ASASI UiTM

8:44 PM


Assalamualaikum.

Macam mana keputusan SPM yang diumumkan haritu? 
Dah mohon mana-mana biasiswa? 
UPU dah isi ke belum? 
Masih keliru nak pilih kursus di UPU?

ASASI UiTM

Baiklah sebagai pelajar Asasi Sains Hayat di UiTM Puncak Alam 2014/2015, saya ingin kongsikan sedikit beberapa perkara mengenai Asasi UiTM yang diharapkan dapat membantu adik-adik (adiklah sangat padahal beza setahun) lepasan SPM 2014 membuat pilihan bagi menyambung pelajaran.


1. Syarat Kemasukan Asasi UiTM.

Syarat kemasukan ke asasi UiTM adalah minimum 2A 2B bagi mata pelajaran elektif. Contohnya bagi yang masa SPM ambil aliran sains tulen, empat mata pelajaran tersebut ialah Matematik Tambahan, Kimia, Biologi dan juga Fizik. Majoriti yang mohon sememangnya punya keputusan SPM yang hebat-hebat, straight A+ pun ramai juga.

2. Kursus Asasi di UiTM.

Di UiTM terdapat beberapa kursus Asasi dan antaranya ialah Asasi Sains Hayat dan Asasi Sains Teknikal (Kejuruteraan) di Puncak Alam, Asasi Undang-Undang dan Asasi TESL. Khabarnya bermula batch 2015/2016 (bagi semester kedua), semua asasi akan ditempatkan di kampus baharu di Dengkil. Untunglah kampus baru, mesti semua pun baru.

3. Subjek di Asasi.

Memandangkan saya merupakan pelajar asasi di Puncak Alam yang cuma terdapat dua kursus asasi jadi maklumat saya terhad kepada Asasi Sains dan Asasi Kejuruteraan sahaja. Seperti biasa subjek yang akan diambil dalam program Asasi Sains ialah Matematik, Kimia, Biologi, Fizik, ELC (Bahasa Inggeris) dan CTU (Pendidikan Islam). Manakala bagi Asasi Kejuruteraan pula subjek yang diambil sama seperti Asasi Sains kecuali Biologi ditukar kepada subjek CSC (Computer Science). Semester dua pula ada perubahan bagi subjek Matematik di mana Asasi Sains akan ambil Mathematics For Scientists dan Asasi Kejuruteraan akan akan ambil Mathematics For Engineers, silibus tak sama. Jadi dalam kesemua subjek ini mana yang paling senang? Semua senang asalkan fokus dalam kuliah, siapkan tutorial dan kurangkan main-main di Asasi. 

4. Pengiraan Pointer UiTM dan Pointer UPU.

Pengiraan pointer setiap subjek terdiri daripada 50% carrymarks ( Test 1&2, Kuiz, Assignments, dan Lab Reports) dan 50% lagi datang daripada markah Final Exam. Senangkan untuk skor A? Tapi kenalah jaga carrymarks, belajar kena konsisten gitu. Pengiraan Pointer UiTM dan UPU sangatlah berbeza di mana Pointer UiTM mengambil kira semua subjek yang diambil (6 subjek yang dinyatakan di atas tadi) jadi bolehlah dikira dengan jari bilangan pelajar yang dapat 4.00 flat UiTM. Pengiraan CGPA pula dikira daripada purata markah semester satu dan semester dua, misal kata masa semester satu Biologi dapat 69, B+ dan lepas study bermati-matian jaga carrymarks untuk semester dua dan score masa final dapatlah Biologi 87%. Hasil tambah markah semester satu dan dua tadi ialah 156 dan dibahagi dua untuk purata dapatlah 78%, A. Mudahkan? Pengiraan Pointer UPU pula berdasarkan 3 subjek iaitu Matematik wajib dan dua lagi subjek sains terbaik. Jadi boleh fokus hanya pada dua subjek sains, misal kata tak minat Fizik yang asdfghjkl beribuuu formula nak diingat, boleh fokus dan dapatkan A untuk Kimia dan Biologi untuk 4.00 flat UPU. Bilangan pelajar yang dapat 4.00 flat UPU sangatlah ramai belum tengok pelajar matrikulasi lagi, besar saingan.

5. Biasiswa.

Alhamdulillah setiap semester, KPM akan beri biasiswa dalam RM1960. Biasiswa ni sangatlah cukup kalau guna duit ke jalan yang betul (HAHAHA kemain ke jalan yang betul) maksudnya tak guna untuk online shopping dan sebagainya. Biasiswa yang diberi ini boleh guna untuk bayar yuran pengajian dan yuran penginapan.

6. Peperiksaan (Test).

Setiap semester akan ada dua test yang perlu diambil dan setiap satu test mewakili 10-15% carrymarks. Bagi setiap semester juga ada final exam dan macam mana kalau failed final exam, gred C- (45-49% dan ke bawah). UiTM tak akan terus buang pelajar yang gagal, akan ada ujian ulangan untuk ditapis mana-mana pelajar yang punya peluang lagi untuk teruskan ke semester dua. Selain itu, para pelajar yang failed juga akan ditawarkan ke diploma oleh UiTM. Prihatin kan UiTM? 

7. Persekitaran.

Puncak Alam dan Tangga Kejayaan sememangnya sinonim, rasanya tangga ni merupakan adik-beradik tangga Batu Caves. Sangatlah tinggi dan boleh jadi punca kejang kaki. Memandangkan batch lepas ini akan berada di Puncak Alam untuk satu semester nahh saya sertakan gambar Tangga Kejayaan.   

Tangga Kejayaan UiTM Laki Terok Palam

Kredit pada Google! *malas nak cari dalam folder handphone gambar sendiri tangkap.

Tangga ini punya kira-kira 171 anak tangga tak termasuk lagi 41 anak tangga menuju ke Plaza Satelit B. Sangat seronok naik dan turun tangga nak pula dalam sehari naik turun dua tiga kali. HAHAHA.

Keseronokkan naik dan turun tangga ni belum habis lagi, masih ada banyak lagi tangga-tangga di UiTM Puncak Alam yang tak sabar tunggu untuk didaki. Kelas-kelas Asasi biasanya terletak di aras 7 Fakulti Sains Kesihatan 1,5 (FSK 1,5) dan cuba teka? Memandangkan pelajar asasi setiap tahun terlalu ramai dalam 3000 pelajar, lif selalu penuh dan selalu rosak. Jadi alternatif lainnya ialah? Naik tangga lagi sampai aras 7! Yeayyy seronokkan? Belum lagi kalau ada kelas di FSK 6, bangunan fakulti paling tinggi di UiTM Puncak Alam (16 tingkat) dan ramai juga yang sanggup beratur panjang untuk naik lif.






Keadaan dalam lif yang sendat sempit panas! HAHAHA.


Pemandangan sekitar UiTM Puncak Alam:


UiTM Puncak Alam Asasi Palam Laki Terok




UiTM Puncak Alam Asasi Palam Laki Terok





Diambil dari dalam PTAR.




Suasana subuh live dari tingkap bilik!



Baiklah rasanya itu sahaja yang ingin saya kongsikan buat masa ini, harap dapat membantu adik-adik sedikit sebanyak. Doakan kami juga pelajar-pelajar asasi yang dah nak habis ni, final dah dekat. Study week tak ada pulak tu. Selamat memilih :)



*Sebarang pertanyaan boleh dibuat di ruangan ulasan atau email terus di justsyakier96@gmail.com 
Terima Kasih.


You Might Also Like

187 Comments

  1. apa beza CGPA dengan UPU? Mana lagi penting?

    ReplyDelete
    Replies
    1. CGPA ada dua iaitu CGPA UiTM dan CGPA UPU. CGPA yang lagi penting ialah CGPA UPU yang akan diambil kira untuk permohonan UPU bagi degree nanti. So, kena betul-betul skor tiga subjek yang diambil kira iaitu Matematik wajib dan dua lagi subjek sains terbaik.

      Delete
    2. Tp next sem kan dah pindah uitm dengkil... you do know that, right?

      Delete
    3. Semester satu diorang masih di Puncak Alam, semester dua baru pindah Dengkil.

      Delete
    4. Klau nk amik senibina?credits skrg2nya 5B termasuklah BM ..dn BI skrng2nya C..btu x?

      Delete
    5. Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat
      kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran:
      • Matematik/Matematik Tambahan
      DAN
      • Lulus (Gred E) Bahasa Inggeris
      Nota: Lulus ujian khas lukisan dan ujian buta warna
      dalam temuduga yang dikendalikan oleh Fakulti.

      P/S: Ini saya copy dari laman web UiTM sendiri, boleh semak syarat kemasukan lain disini https://smkbbest.files.wordpress.com/2010/03/uitm.pdf

      Delete
    6. Salam
      Say baru habis spm . adakah saya layak mengambil asasi ini kerana saya dari aliran sastera .

      Delete
    7. Tak.. klo dip sains mungkin boleh.. tapi tak pasti

      Delete
  2. Asasi Sains Palam memang best gilaaa!
    Serius aku bagi 10 bintang
    Semester 2 batch 2014/15 tinggal lagi 3 minggu je ni. Sedih gila nak tinggalkan semua kawan dengan kolej,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Asasi memang best, tapi sangatlah kejap. Tak puas lagi belajar dekat sini. Tup tup dah nak habis. Huhuhu.

      Delete
    2. Bukan tak puas study,tapi tak puas berkawan haha
      10 bulan pun dah cukup untuk menjalinkan ukhwah yg sebegitu erat.
      I'm gonna miss Palam and all of my friends :')
      Good luck for final to all of asasians Year 2014/15 and u Syakir
      Sorry spam kat sini haha

      Delete
    3. HAHAHA, yup itu yang kita semua rasa. 10 bulan sangatlah kejap, pejam celik dah final semester 2. We would miss everything here in Palam. Even, pemilik mini mart yang jual barang mahal melampau tu ehh. Goodluck Amin ! :)

      Delete
  3. macamana dengan MDS ? teruk tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. MDS batch 2014/2015 ada tiga wave. Saya wave ketiga, yang terakhir daftar, hari ketiga lepas MDS mula. So, nak kata MDS teruk tu mungkin wave satu yang rasa teruk sebab lagi lama masa diorang MDS. Tapi wave tiga pun teruk jugak kot, makanan kadang tak cukup beratur kemain panjang. Tapi tak kisahlah berapa hari sangat, lepas dari tu dah seronok duduk dekat asasi :)

      Delete
  4. Replies
    1. Dah habis kuliah dah Kak, ni tengah mereput dekat rumah. HAHAHA. Btw, thanks Kak.

      Delete
  5. salam . nk tnye asasi sains kira pecahan antara sains hayat dan sains teknikal ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, Asasi sains bukan pecahan antara sains hayat dan sains teknikal. Ketiga tiga kursus ni berbeza.

      Delete
  6. ASASI SAINS HAYAT TAKDE DI PALAM BRO . yg ada ASASI SAINS TULEN .. mcm sama , tpi peluang ke degree adalah berbezaa

    ReplyDelete
  7. sorry bro .. asasi sains hayat term yg x betol .. asasi sains tulen paling tepat .. peluang ke degree adalah berbeza . takut org keliru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks untuk maklumat, nanti akan saya terangkan berkenaan ini di post kemudian. :D

      Delete
  8. Assalamualaikum. Saya minta maaf soalan saya ni kebudak-budakan sikit. Saya free hair. So nak tanya, boleh ke free hair bila masuk asasi palam nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, di universiti bebas. Kalau free hair pun boleh kalau pakai tudung pun boleh. Terpulang pada adikk :D

      Delete
  9. Assalamualaikum. Sy dpt tawaran asasi law kat uitm. Kalau sy tertolak tawaran tu, apa sy perlu bt? Bleh tk sy bt rayuan utk 2nd intake?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, susah jugak situasi macam ni. Hmm apa yang boleh saya sarankan boleh terus call bahagian UPU, kalau nak lagi mudah buat rayuan untuk second intake, InshaAllah kalau ada rezeki. Harap membantu.

      Delete
  10. Assalamualaikum. Sy dpt tawaran asasi law kat uitm. Kalau sy tertolak tawaran tu, apa sy perlu bt? Bleh tk sy bt rayuan utk 2nd intake?

    ReplyDelete
  11. Salam..ni tnye student asasi boleh bwk kete gi kampus tk???

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. Aslam. Saya dapat tawaran Asasi Sains sesi 2015/2016 ini. Daftar 1hb Jun 2015 ini .Nak tanya ttg penginapan. Memang telah ditetapkan oleh pihak UiTM atau kita boleh pilih room mate adan kolej. Tkasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, boleh je nak pilih roommate, nak pilih housemates pun boleh cuma kena daftar sama-sama masa hari pendaftaran mintak masa tu. Kolej tu tak boleh pilih UiTM tentukan :)

      Delete
  14. Aslam. Ada berita yang saya dengar, pendaftaran untuk asasi adalah secara 'drive thru'..,ambil kunci di guard then terus terus ke kolej kediaman. Betul ke...so mcm mana pilih room mate ya...kalau kaedah ini benar. MInta pencerahan. Terima kasih bayak dengan perkongsian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, berkaitan daftar secara dribe thru tu saya tak pernah dengar lagi, rasanya macam mustahil sebab banyak dokumen yang perlu diserahkan semasa pendaftaran tu so rasanya memang tak logik. Nak pilih roommate boleh terus pergi mendaftar sekali. Daftar sama sama.

      Delete
  15. Kalau dh tmat asasi kt uitm..bleh smbung U lain x?atau perlu smbung di uitm jgak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan setakat boleh sambung U lain nak sambung overseas pun boleh tapi syarat tak boleh failed satu paper pun untuk ambik repeat paper. harap membantu.

      Delete
  16. Aslm. Saya hanya ingin minta pandangan. Saya dapat tawaran asasi sains UiTM sesi 2015/2016. Akan mendaftar pada 2 Jun 2015. Tiga hari lepas saya mendapat tawaran tajaan JPA MARA membuat A-Level selama 2 tahun dan kemudian sambung degree di New Zealand. Tetapi program yang ditawarkan adalah dalam bidang Sains Sosial (ekonomi, akaun, psikologi, undang2 dll). Yang mana satu saya pilih. Asasi Sains atau A-Level (Sains Sosial). Buntu saya . :-(

    ReplyDelete
  17. Good luck..
    sekarang jpa ada keluarkan tawaran biasiswa... boleh la apply
    http://khudri2337.blogspot.com/2015/06/tawaran-penajaan-biasiswa-jpa.html

    ReplyDelete
  18. Sains tambahan diiktiraf ke utk masuk asasi?

    ReplyDelete
  19. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
    Ada info lebih tak tentang uitm dengkil?
    Contohnya degree ada tak di uitm dengkil?
    Kos yang ditawarkan di uitm dengkil ape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam W.B.T
      Sepanjang apa yang saya tahu UiTM DEngkil akan menjadi Pusat Asasi UiTM yang menempatkan semua pelajar asasi UiTM. Jadinya tiada degree di UiTM Dengkil dan kursus yang ditawarkan di sana semuanya kursus asasi. Harap membantu :)

      Delete
  20. Salam, saya ni batch 2015/16,just nk bgitau saya dh malas ni, fizik susah cam harem, sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum lagi semester dua! Nantikan HAHAHA :D

      Delete
  21. salam, mcm mana ye nak tahu pointer upu tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, kira pointer maths dan dua subjek sains terbaik.
      Jam kredit x Pointer Gred = (Jam kredit x Pointer Gred)/Jumlah jam kredit bagi tiga mata pelajaran tersebut (Maths dan dua subjek terbaik)

      Delete
  22. Assalamualaikum apa beza antara asasi sains tulen dan asasi sains hayat? Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, saya ada tulis entry berkaitan perbezaan asasi sains tulen dan asasi sains hayat. Boleh baca di sini:Perbezaan Asasi Sains Hayat dan Asasi Sains Tulen
      Harap membantu :)

      Delete
  23. Salam,it seems u ada mention dkt comment bout further study overseas after asasi.Boleh terangkan lebih lanjut tk? Esp bout the requirement grades and uitm provide scholarships ke for those who excel wktu asasi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, berkaitan untuk further study overseas lepas asasi ni rasanya senior-senior Palam dekat Group Facebook Asasi Palam ada terangkan dengan details. Requirements dia bergantung kalau nak apply scholarship kalau boleh tentulah kena dapat 4 flat. Berkaitan UiTM ada tak pprovide scholarships tu ada kot tawaran belajar dekat UNHAS tak silap nama dia, dekat Indonesia. Biasanya semester dua asasi akan ada taklimat tentang scholarships dan jurusan degree. Bolehlah dapatkan maklumat lagi details atau tanya apa-apa yang berkaitan masa taklimat tu nani. Maaf tak berapa membantu sangat.

      Delete
  24. assalamualaikum. saya nak tanya boleh ke kalau dapat asasi kejuruteraan then nak tukar asasi sains? thank you. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kebiasaanya setiap tawaran yang diberikan adalah muktamad. Jadi mustahil untuk tukar jurusan asasi. Dekat surat tawaran pun ada mention rasanya.

      Delete
  25. ni dekaat puncak alam kan? dekat dengkil macam mana yea? persekitaran dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss, Persekitaran di Dengkil? Nanti saya update persekitaran Dengkil macam mana pulak ya.

      Delete
  26. Assalamualaikum , saya tertarik untuk memilih uitm dlm bidang sains hayat , saya budk lepasan spm 2015, sy nak tnya klau x pass asasi , kena tukar kos lain or pndh ipts lain yaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak pass asasi UiTM akan cadangkan untuk mohon diploma UiTM atau kita boleh apply ipts pulak. In shaa Allah kalau fokus dalam kelas takkan failed. Kalau failed pun ada paper repeat. Usaha lah.

      Delete
    2. what if ada fail satu subjek, then amik sup paper, result sup paper dah oay gred, do still have chance to further degree UITM or still kene gak amik dip uitm?

      Delete
    3. Boleh terus sambung degree jangan risau. Kalau sup paper fail jugak baru dicadangkan untuk sambung diploma atau pun tamatkan pengajian.

      Delete
  27. Salam .klau kita dapat addmath c mmg tak dapat terus ke asasi sains / engineering ? . Ada tak student asasi uitm yg dpt c addmath time spm ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam rasanya macam peluang nak masuk tu agak tipis. Tapi in shaa Allah kalau ada rezeki mungkin dapat. Berdasarkan kawan-kawan dekat asasi dulu majoriti addmath masa spm paling rendah pun B. Lagipun syarat kemasukan ke asasi UiTM 2A2B minimum untuk subjek pilihan.

      Delete
  28. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum,nak tanye..tawaran biasiswa asasi tuh kene mohon ke atai automati dpat bila msuk asasi uitm??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, biasiswa di asasi sama seperti biasiswa di matrikulasi KPM dia automatik dapat. Masa MDS nanti akan ada fasilitator yang guide untuk isi borang biasiswa tu nanti.

      Delete
  30. salam. nak tnye iv for certain cos for degree, dye tgk reslt sem 1 ke?
    reslt sem 2 kluar b4 iv ke? or after iv?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, Iv for certain courses will be using the first semester results so of course you need to score for the first sem. and as for the 2nd sem result I don't remeber when it will be announced but I think it will be announced after the iv session. :)

      Delete
  31. Awak spm straight a's ehh ,??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak berapa pandai masa SPM cuma dapat 6A3B tapi alhamdulillah sekarang saya dapat sambung dalam jurusan degree yang saya minat iaitu Kejuruteraan Kimia. Jadi jangan putus asa kalau results SPM kita mungkin kurang baik sebaliknya usaha dan rancang apa yang ada di masa depan kita. Harap membantu :)

      Delete
  32. result saya dapat 7A 2B b iaitu bi dan bio. agaknya dapat tak asasi sains uitm?

    ReplyDelete
  33. salam , apa syarat untuk TESL?

    ReplyDelete
  34. Nak tanya..asasi sains ni memang blajar di uitm dengkil ke? Biasa ramai tak yang mintak asasi sains ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asasi semua di Dengkil. Ramai dulu zaman saya kelas sains pun ada 70 dan setiap kelas maximum 35 org.

      Delete
  35. Untuk sambung degree nanti uitm ada sediakan penginapan tak? Ataupun kita mesti cari rumah sewa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tapi kebiasaannya untuk first semesterlah. semester kedua kebanyakkan kawan-kawan UiTM dah kena pindah keluar unless kalau aktif dan ada banyak kupon aktiviti bolehlah mintak duduk dalam.

      Delete
  36. Assalam..nak tanye,yg kpm kasi duit tuh memang automatik dpat bila msuk asasi sains or certain je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm nak kata automatik ke tak tu rasanya tak berapa sangat sebab ada kena isi form banyak banyak dan lagi satu dia depends pada gaji mak ayah jugak tapi kebanyakannya dapatlah.

      Delete
  37. Result spm 2015 sya 8A2B. Addmaths B dan Bio B+. Sya brminat dgn asasi kjuruteraan..agk2 bleh dpt tak asasi kejuruteraan uitm? Cma sya kurang keyakinan diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentu-tentulah lepas. Jangan risau! Tahniah dapat 8A2B, saya pun tak mampu nak dapat keputusan secemerlang awak :)

      Delete
  38. assalam, saya tgh keliru nak ambil sma ada dip farmasi atau asasi sains. pd pndangan abg mna yg lebih baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang rasa kalau adik dah betul-betul rasa nak teruskan dalam bidang farmasi lebih baik ambik diploma farmasi, tapi kalau masih keliru nak pilih bidang apa boleh masuk asasi.

      Delete
  39. saya nak tanya kos untuk asasi sains uitm brape ye? dan ada bntuan biasiswa x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM 600++ je, dalam banyak-banyak uni UiTM lah yuran paling murah dan KPM ada sediakan biasiswa untuk pelajar asasi. :)

      Delete
  40. Assalamualaikum. Saya nak tanya, pembelajaran asasi uitm dalam bahasa melayu ke english?

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum. Saya nak tanya, berapa minggu dalam satu semester?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, satu semester 14 minggu kuliah.

      Delete
  42. lepas asasi uitm, kalau pointer bagus boleh sambung oversea tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, tapi awak kena dapatkan dulu replacement dekat universiti luar, boleh cuba mohon directly di univerisiti tu atau melalui agen. Rasanya ramai jugak senior asasi yang pernah share benda ni.

      Delete
  43. Kalau pointer upu tu kan mmg kita kira sendiri je eh? Uitm takde keluarkan slip untuk diprint ke mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah susah susah kira sendiri, UiTM akan kirakan. Awak akan dapat email dari UiTM untuk results UPU. So tunggulah biasanya lewat sikit selepas results sem 2 dikeluarkan.

      Delete
  44. Kalau pointer upu tu kan mmg kita kira sendiri je eh? Uitm takde keluarkan slip untuk diprint ke mcm mana?

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum.. Nak tny . Kalo upu nanti.. Dorang tgk result cgpa uitm atau cgpa upu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mohon di UPU untuk universiti lain selain UiTM, diorang akan tengok cgpa UPU awak.

      Delete
    2. kalo di upu mintak ijazah uitm, yang ditengok tu nnti pointer uitm lah ye?

      Delete
  46. Assalamualaikum, kalau saya ambik asasi sains tapi saya nk sambung degree dlm jurusan law boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, boleh rasanya sebab bidang sains ni peluang ke jurusan degree tu masih terbuka. Cuba tanya pendapat orang lain.

      Delete
  47. Assalamualaikum, kalau saya ambik asasi sains tapi saya nk sambung degree dlm jurusan law boleh ke?

    ReplyDelete
  48. Saya dapat course asasi sains di uitm dengkil dan dalam masa yg sama dapat matrikulasi melaka. Peluang nak ke degree lebih mudah sekiranya saya ambil asasi atau matrik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peluang untuk ke degree sama rata bagi asasi dan matrik. Cuma yang membezakan peluang awak ke degree tu result akhir awak di matrikulasi atau asasi. Goodluck!

      Delete
  49. Tumpang tanya, how to rayu/mohon UITM course law secara direct? Sbb pihak UPU kata saya tak mohon UPU. And diorang kata saya ada 2 options je
    1.apply next year
    2.buat rayuan direct to univ yg kita nak.
    and suprisingly saya minat UITM utk course law. So how bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat kursus apa? Biasanya untuk tukar kursus awak kena habiskan dulu satu semester dalam kursus yang awak dapat and make sure kena skor lepas tu jumpalah dekat fakulti atau ketua jabatan untuk mintak pertukaran kursus. Atau pun awak kena tunggu next UPU. Tak pun mintak direct entry di universiti lain. Dapat UiTM kan?

      Delete
  50. assalamualaikuum,nk tnya klau dpat asasi kejuruteraan at uitm bole tuka k asasi sains k?berapa purata pelajar perempuan yg amik asasi jurutera ngan asasi sains??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, tak boleh sebab keputusan yang awak dapat dari UPU adalah muktamad. Purata pelajar perempuan masa zaman saya 14/15 pelajar perempuan ke pelajar lelaki bagi kursus asasi kejuruteraan 3:10. Kalau satu kelas pelajar lelaki ada 30 jadi pelajar perempuan cuma ada 9 orang. Ni terbalik bagi asasi sains.

      Delete
  51. Assalamualaikum..
    Saya minat dengan asasi tpi hritu saya terbuat sbg pilihan kedua..jdi saya dpt pilihan prtm iaitu dip in fisio..boleh xklu nk buat rayuan for asasi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, cubalah buat rayuan melalui UPU. Kebarangkalian nak dapat tu saya tak jamin. Tapi manalah tahu ada rezeki awak.

      Delete
  52. Assalamualaikum saya nak tanya kalau dari background commerce (perdagangan) boleh tak nak ambil asasi sains ? result saya straight saya dan dapat peluang ke asasi sains kemanusiaan di UIA tapi saya tidak berminat jadi saya ingin membuat rayuan ke asasi sains tapi takut tidak diterima . Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, commerce masih ada ambik kimia, fizik, addmaths kan? Rasanya kalau asasi di UIA meraka ada malam ta'ruf (saya tak pasti betul ketidak namanya) dimana students diberi peluang untuk tukar kursus. saya rasa di UIA sendiri ada asasi sains hayat dan fizikal tapi berbeza sedikit dengan asasi sains tulen di UiTM.

      Delete
  53. salam bang, nak tanya kat sana ada disediakan iron ke? ke kena bawak sendiri? anddd kettle boleh bawak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, bawak sendiri iron, kettle pon boleh. Tapi kena bayar untuk sticker barangan elektrik.

      Delete
  54. Assalamualaikum, saya dapat course asasi sains di uitm dengkil. Saya nak tanya borang perjanjian asasi ipta perlu dihantar pada hari pendaftaran atau boleh dihantar pada hari lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, hantar hari pendaftaran dan kalau ada masalah tak dapat hantar masa haritu boleh tanya fasilitator kat sana. Diorang akan tolong.

      Delete
  55. Assalamualaikum bang.. nk tnya psl kelas nnti kita boleh pilih ataupun pihak pengurusan dah tetapkan kita dapat kelas mana? time kasih =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, kelas akan ditentukan oleh pengurusan secara rawak.

      Delete
  56. Salam, nak tanya psl buku y kena guna utk asasi kejuruteraan..takut salah beli

    ReplyDelete
  57. Assalamualaikum. Bang, pelajar aliran sastera boleh x buat asasi dlm sains??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, kalau untuk kemasukan ke asasi sains IPTA rasanya tak boleh. Kalau di IPTS mungkin boleh, sebab syarat kriteria untuk asasi sains kebiasaannya ada beberapa subjek sains yang perlu di ambil semasa SPM.

      Delete
  58. Abang, kalau saya fail physic sem 1 tapi bio and chemist perform cane ea? Boleh ke proceed ke sem 2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena lulus dalam physic dulu kemudian baru dapat teruskan ke semester 2. Kenalah jawab repeat paper bagi lulus ok.

      Delete
  59. Assalamualaikum, sekiranya result spm dalam bidang kemanusiaan mcm perdagangan, eko, ict dapatla dalam 6A-7A, agak agak peluang nak sambung ke asasi law kt uitm ni lepas tak bang? And macam mana pula nak sambung degree law? I mean mcm mana jalan dari asasi law tu utk sambung ke degree law and berapa tempoh tahun? Thank you :))

    ReplyDelete
  60. Salam student asasi dapat elaun kan macammna nk download form elaun tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, ikut pengalaman dulu, masa cetak semua surat tawaran and kemasukan ke asasi dia dah sekalikan dalam dokumen yang perlu diisi.

      Delete
  61. Salam macammna nk dapatkan borang untuk elaun asasi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada terdapat sekali masa pendaftaran / minggu orientasi / MDS.

      Delete
  62. Assalamualaikum.ada soalan nak tanya kat bro ni..elaun asasi tu time daftar baru mohon atau sebelum yaa ??.. kena ada pengesahan ke daripada orang-orang tertentu...dah pening nii..ada kata tidak perlu ada kata perlu..mana satu ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa pendaftaran akan ada pensyarah yang ditugaskan untuk proses pengesahan dan cop.

      Delete
  63. assalamualiakum, wanna ask the latest total yuran pengajian dan penginapan kalau ambik asasi di uitm berapa ya? 2016/2015 berapa? tahu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin boleh rujuk di portal UiTM sendiri.

      Delete
  64. assalamualaikum, saya pelajar Asasi Kejuruteraan UiTM Dengkil. Agak2nya, boleh x saya sambung Ijazah dalam Perubatan? Universiti apa yg terima lepasan asasi kejuruteraan utk sambung perubatan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dari kejuruteraan nak sambung perubatan? Rasanya mungkin ada peluang di swasta. Lebih baik fokus pada realiti dan sambung pada kejuruteraan. Tak buang masa. Sekadar nasihat.

      Delete
  65. kalau amik diploma sains lps tu boleh terus apply ijazah perubatan tak kalau result ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. I heard of this too. Boleh if you score well in your diploma. Esp girls and you guys have a lot of competition dengan students foundation.

      Delete
  66. salam,saya baru habis spm and saya ambik aliran perdagangan but saya nak ambik asasi tesl. so saya layak ke? trial spm i got 7A

    ReplyDelete
  67. Assalam..sy bru lps spm, trial sy dpt str8..sy nk tnye, klu amek asasi kejuruteraan di uitm, pljrn susah mcm spm ke atau lg susah..n mmg rmai ke budak2 yg amek asasi ni bijak2...sy nk amek asasi kejuruteraan tapi sy takut nnti susah bljr n takut x dpt biasiswa untk smbung bljr lps tu sbb rmai competition...sy xnk mnyusahkn mk ayh sy byr yuran pengajian sy....ke sy patut amek diploma?....blh abg tlg beri pndpt...t.kaseh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, memang susah zaman sekarang ni sebab banyak sangat saingan. Subjek asasi kejuruteraan taklah banyak beza pon dari silibus spm cuma ada beberapa penambahan je. Pensyarah pon sangat membantu. Cuma kena pandai jaga diri dan tak culture shock. Better masuk asasi atau matrikulasi, sebab tengok result untuk trial macam mampu untuk bawak. Kalau ambik diploma pon bagus tapi lambat sikitlah untuk habis belajar.

      Delete
  68. Saya nak tanya if asasi sains dkt uitm then nak sambung degree ke u lain boleh ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, bebas nak kemana sekalipon, termasuklah overseas.

      Delete
  69. bm a-, bi b, sej b+ ,math c+ dapatkah masuk asasi?subjek sains lain c

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin boleh cuba nasib di matrikulasi. Usaha lebih kuat! Goodluck.

      Delete
  70. kalau dapat kimia c+ lepas tak asasi sains

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti. Tapi syarat kelayakan/kemasukan asasi elektif yang empat tu perlu paling minimum 2A 2B. Tapi boleh cuba nasib mana tahu rezeki ataupon alternatif lain macam matrikulasi.

      Delete
  71. assalam . saya dapat 7A spm but chem b+ and addmath c . peluang utk saya dapat masuk asasi sains ni mcm mana yee ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti. Tapi syarat kelayakan/kemasukan asasi elektif yang empat tu perlu paling minimum 2A 2B. Tapi boleh cuba nasib mana tahu rezeki ataupon alternatif lain macam matrikulasi.

      Delete
  72. nak tanya
    kalau nak amek asasi law,adakah syarat 2A2B digunanakan untuk mengambil course ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh semak di laman web uitm sendiri syarat kemasukan ke asasi uitm berdasarkan jurusan.

      Delete
  73. Salam
    Klu dpt C+ untuk chemistry and biology bole tak ambik asasi sains Di Uitm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba nasib tapi dinasihatkan untuk pilih matrikulasi / form 6 sebagai alternatif.

      Delete
  74. Salam
    Klu dpt C+ untuk chemistry and biology bole tak ambik asasi sains Di Uitm

    ReplyDelete
  75. Assalamualaikum,saya dapat bm b+(kecewa sungguh) bi A sej A Agama A- ekonomi asas C maths C+ addmaths C+ Sains B+ and prinsip perakaunan C.saya nak memohon asasi undang2.agak2 apa peluang saya untuk dapat asasi udang2? dan bagaimana saya nak buat rayuan kalau tak dapat?mohon penjelasan bro.saya buntu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rujuk laman Uitm sendiri untuk syarat kemasukan ke asasi mengikut jurusan. Selepas fasa 1 pengumuman keputusan UPU akan dibuka pulak fasa rayuan.

      Delete
  76. Salam, saya nk tanya. Adakah Asasi Kejuruteraan atau Asasi sains fizikal(cth UNIMAS) menggunakan bahasa inggeris sahaja??? Ataupun ada yg bahasa melayu?? Kalau exam pula dua2 bahasa ada atau x?? Mohon penjelasan tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di UiTM bahasa Inggeris. Asasi lain saya tak pasti.

      Delete
  77. Salam saya dpt 6A3B. Bio A+ Fizik A Kimia A- Addmath B. Agaknya saya boleh tak dapat asasi sains ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sangat ,In Shaa Allah

      Delete
    2. Boleh. Sebab dah lepas syarat kemasukan. Tahniah.

      Delete
  78. Salam. Sy dpt 8a 1b. Addmath sy dpt b+. Nak tanya, kalau sy bljr asasi sains uitm ni, ape antara course yg sy blh minta lps hbs asasi nnt? Farmasi/dentist boleh ke x ? Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbuka. Boleh masuk kursus apa apa yang awak nak. Tahniah.

      Delete
  79. Salam. Sy dpt 8a 1b. Addmath sy dpt b+. Nak tanya, kalau sy bljr asasi sains uitm ni, ape antara course yg sy blh minta lps hbs asasi nnt? Farmasi/dentist boleh ke x ? Terima kasih :)

    ReplyDelete
  80. Salam. Sy dpt 8a 1b. Addmath sy dpt b+. Nak tanya, kalau sy bljr asasi sains uitm ni, ape antara course yg sy blh minta lps hbs asasi nnt? Farmasi/dentist boleh ke x ? Terima kasih :)

    ReplyDelete
  81. Assalam. Nak tnya asasi sains hayat tu menjurus ke bidang mana utk degree & peluang pekerjaan nnt?

    ReplyDelete
  82. Assalam hi. Just wanna know, i want accounting course. As we all know, there is no foundation in accounting, 4 je ada. Engineering, tesl,science and law. So im not sure mana satu pathway utk accounts. So i just applied foundation in law. So can i change my degree course to accounting? If i score well la time asasi. Thank you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I think it's possible to do so since I got friend which originally enrolled Foundation of Law in UiTM then he pursue his degree in Civil Engineering. But why don't you need to waste time for things you don't want. Better go for dip in accounting.

      Delete
  83. Salam bro, harap masih aktif .. Just nk tnye psal roomate , adakah roomate ni mmg same course ataupun random?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa zaman saya di Palam, ye! Di dengkil saya tak pasti.

      Delete
  84. Salam bro, hrap msih aktif.. just nak tanye psal roomate , adakah roomate kite semenangnya same course dgn kite atau random?

    ReplyDelete
  85. salam.. asasi tesl ada kan? kelayakannya sama jugak ker dengan asasi sains?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Boleh rujuk laman web UiTM sendiri untuk syarat kemasukan.

      Delete
  86. salam.. asasi tesl ada kan? kelayakannya sama jugak ker dengan asasi sains?

    ReplyDelete
  87. Salam , bro printer pun akan dikenakan sticker jugak ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ya. Tapi bergantunglah pada pengurusan kolej. Boleh tanya pada staff di pejabat nanti.

      Delete
  88. Nak tanya,kalau study asasi di uitm,terjamin atau tak blh masuk degree terus mcm uni lain seperti unimas dan uiam?Atau mesti mohon lg dn tgk sm ada dpt twrn atau tak?

    ReplyDelete
  89. Salam, saya baru habis spm. Saya dapat 8a 1b which addmath b+, lepas ke nak masuk asasi kejuruteraan sebab saya dengar budak asasi uitm ni ramai straight As...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku bukan admin.. tapi rasenye, ramai je yg x straight As boleh masuk tahun lepas.. tp x comfim la.. hehe.. aku pon 8As jugak.. B+ chemy.. harap2 dpt masuk le

      Delete
    2. InsyaAllah kita kena banyak berdoa. Haha sekolah mana dulu bro?

      Delete
  90. slm, nk tanye, kalau asasi di uitm ni wajib kene join mcm kelab, kawad kaki, sukan mcm kat matriks ke? saye x minat sgt nk join aktiviti2 mcm tu.. jadi kalau boleh nk elak la..

    ReplyDelete
  91. Assalamualaikum.. klau nk apply scholarship utk degree lepasan asasi sains uitm kena guna cgpa upu ke uitm?

    ReplyDelete
  92. Penggunaan laptop sgt penting dan membantu tak semasa study asasi di uitm?

    ReplyDelete
  93. Alhamdulillah result upu harini dapat uitm dengkil. Nak tanya, boleh pilih roomate ke masa daftar sama"? Ataupun pihak uitm dah tetapkan awal"?

    ReplyDelete
  94. Hai nak tanye, masok asasi perlu ke kita bawak laptop?

    ReplyDelete
  95. Hai, masok asasi prlu ke bawak laptop?

    ReplyDelete
  96. boleh buat rayuan ke for asasi?

    ReplyDelete
  97. assalamualaikum, i got offer from both matriculation and also foundation sc at uitm dengkil. i would like to hear ur opinion which one is way better due to the subject. specifically which route is more tough to be in? is it both can lead me to further my degree in oversea? kindly need your response, tqvm :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. matriculation is better. You can further you study in London (with IELTS)

      Delete
  98. Salam. nk tny psl roomate. uni yang tetapkan ke masa daftar tu ke camne?

    ReplyDelete
  99. Boleh apply oversea tak lepas asasi?

    ReplyDelete
  100. Salam. nak tanya. utk subjek chemistry, code chm092, guna buku apa ye? kalau tahu author buku tu lagi bagus. Thank you in advance!

    ReplyDelete
  101. Hai assalamualaikum
    saya nak tahu course apa yang sesuai untuk saya.saya minat fizik dan matematik.saya memang tak boleh dengan kimia.Harap apat bantu :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

Ping!