TIPS: Petua Rahsia Penjagaan Muka

7:28 AM

Assalamualaikum

Hi engkorang semua jangan terkejut, di pagi yang berbahagia dan dingin yang geli-geli ini aku nak kongsikan beberapa petua dan tips untuk penjagaan muka bagi perempuan, lelaki mahupun yang punya dua jantina. Tak kiralah siapa-siapa tapi zaman sekarang ni semua orang dah peka pada kecantikan, luar dalam semua nak cantik hati busuk pun tak apa!

Petua-petua ni selalulah aku amalkan masa zaman-zaman sekolah bila mana hormon kau mengganas menyebabkan tumbuhlah biji-bijian besar yang memalukan nak pulak bila dapat kawan-kawan kaki membahan, kau sabarlah nak! Hmm lapar pulak pagi-pagi ni, maklumlah belum sarapan dan nasiblah tadi tak tertaip biji-bijian sarapan.

So, macam mana nak kulit flawless tanpa ada jerawat mahupun bekas-bekas kawasan jajahan jerawat di muka? Mesti nak tahukan. Petua yang aku kongsikan ni, antara petua yang aku sendiri amalkan dan Alhamdulillah beri kesan baik pada aku.


Antaranya adalah:

1) Untuk kulit licin dan lembut.
Apa yang engkorang perlu ialah soda bikarbonat dan juga limau purut. Jangan kau bedal limau mandarin sudah! Nak pulak sekarang ni memang tengah Chinese New Year kan. Kau ambiklah dalam satu sudu teh soda bikarbonat tadi dan ambil sedikit air perahan limau purut. Campurkan bagi likat, jadikan sebagai skrub muka sebelum tu bilas dahulu muka dengan air suam. Tunggu sehingga kering, kemudian bilas dengan sejuk. Masa mula-mula engkorang sapu memanglah pedih menggila, dah kata limau kan berasid, sabar tahan pedih tu sikit nak kulit licin ke tidak? Lepas je engkorang guna cara ni korang akan dapati kulit engkorang bebas dari biji-bijian tajam terutama di kawasan hidung dan pipi.

2) Untuk kulit bebas jerawat dan cantik.
Untuk yang ni aku rasa leceh sikit, bagi akulah sebab aku tak suka tomato. Okay, apa yang korang kena buat ialah potong buah tomato kecil-kecil ehh ikut suka hati lah nak potong macam mana sebab engkorang kena ramas potongan buah tomato tadi. Lepas dah ramas jadikan skrub muka, tidur sampai esok dan bilas bila bangun. Untuk nak rasa lagi tekstur skrub tu engkorang boleh tambah gula pasir halus nak bagi tekstur pada skrub, tapi benda ni aku tak galakkan. Sebab? Jangan salahkan aku bila engkorang bangun esok muka penuh kena hurung semut! Nak lagi kulit cantik tanpa gunakan Qu Puteh dan sebagainya? Amalkan selalu makan buah tomato, sebab orang kata boleh tegangkan kulit engkorang macam kulit buah tomato tu. HAHAHA. 

3)Untuk hilangkan bekas jerawat.
Apa yang korang perlukan ialah serbuk kayu manis dengan bedak sejuk. Kalau dulu dekat rumah memang tak ada serbuk kayu manis, gigih aku numbuk kayu manis tu sampai jadi serbuk. Lepas dah susah payah menumbuk bagi yang dekat rumah tak ada serbuk kayu manis tu ambiklah separuh sudu teh serbuk tu campurkan dengan bedak sejuk, kemudian basahkan dengan air jadikan skrub muka. Nak lagi baik, air tadi tu gantikan dengan air gamat lagi mujarab! Yang pasti jangan ambik banyak-banyak serbuk kayu manis tu, nanti azab pedih nak menanggung tu aku tak tahu.

Selesai aku kongsikan tiga petua terbaik yang pernah aku cuba sendiri! So, apalagi giliran engkorang pulak untuk cuba. InshaAllah dengan izin-Nya kulit korang bebas dari jerawat-jerawat ni semua. Amin.

**SENTIASA AMALKAN MINUM AIR MASAK SEBELUM DAN SELEPAS BANGUN DARI TIDUR (tanpa basuh muka) UNTUK KEKAL AWET MUDA**

You Might Also Like

7 Comments

  1. terima kasih atas info.

    mcm nak cuba je :)

    ReplyDelete
  2. @Aesya Cubalah kalau menjadi boleh kongsi ke sini kalau sebaliknya jangan segan silu nak tinggalkan carutan. HAHAHA.

    ReplyDelete
  3. yg soda tu brape kali ? seminggu skali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soda bikarbonat tu kalau paling okay pun buatlah dua kali seminggu.. asal kulit muka rasa kasar-kasar buatlah..

      Delete
  4. Ape tu bedak sejuk?
    Bedak muka biasa yang sejuk ke?
    X pernah terdengar ttg bedak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bedak sejuk biasanya ada dekat kedai runcit atau mana mana kedai jamu. Nak describe pun susah, boleh try google tengok rupanya bedak sejuk tu hehehe.

      Delete
  5. Ada satu produk tengah viral sekarang ni. Antara bahan dia adalah asid hyaluronik A yang bantu naikkan balik seri wajah. Bahan ni bukan benda asing pun. Badan kita pun ada bahan ni cuma kuantiti dia semakin sedikit bila kita semakin tua. Ramai dah guna. Dah VIRAL pun... Sebab semua yang guna muka jadi cantik. parut hilang. kulit jadi gebu. Tapi saya pun tak sangka betul menjadi. Kawan2 saya yang kerja di Jeddah ni pun selalu cakap tentang produk ni.Boleh la try kalau nak petua paling senang kan... hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

TEST 1

Ping!