Bazirkan Hidup

12:35 AM

Belakangan ini, hidup saya agak sedikit huru-hara. Tidur tak menentu, badan penat tak berehat, yang kesannya buatkan mata saya rabak tahan mengantuk dalam kelas dan makan pun bercatu.

Tapi, terima kasih bilik sebelah bukak lagu sakitnya tuh disini makin tambah mood saya nak menulis ewahhh!

Balik pada cerita, semua yang jadi ini bukan disebabkan saya patah hati atau cinta tak berbalas oleh crush. Crush pun saya tiada inikan pulak nak bercinta. Sudah hentikan cerita cinta malang saya. 

Test satu punca saya menyeksa diri, tidur beberapa jam sehari. Ditambah pulak dengan tutorial yang macam takkan pernah habis. Haa masa menulis ni teringat pulak saya masih belum siapkan jotter untuk lab Biology minggu depan. Nantilah saya siapkan.

Untuk jadikan hidup saya kembali normal semula beberapa hari ini, banyak benda yang saya lakukan. Saya ramahkan diri dengan housemates yang kadangnya annoying tapi tetap saya sayang, mula berkemas bilik yang dah macam tempat berpuaka berhabuk tak agak, delete gambar-gambar pointless di Whatsapp yang juga bazirkan storage handphone saya, bazirkan masa di Twitter macam remaja seusia saya gemar lakukan, terajang apa yang saya rasakan patut diterajang dan yang paling penting buang orang-orang yang saya rasakan tiada kepentingan dalam hidup saya. Banyak juga yang saya bazirkan.

Kiranya dua hari dah saya bazirkan, memang kesal yang saya rasakan. Tapi perlu saya rasakan untuk hidup semula di bawah paras stress yang normal tidak seperti hari-hari yang sebelumnya.

Jom manfaatkan sehari cuti yang tinggal bebas dari kelas yang padat dan fokus pada realiti hidup. Kembali pada hidup yang benarkan stress kuasai diri.

** Makin melampau pulak lagu Cita Citata yang saya auto play kan di Youtube, perawan atau janda. Jadi sebelum lagu yang pelik-pelik lagi keluar baik saya hentikan.**

You Might Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

TEST 1

Ping!