Memilih Dalam Pilihan !

1:15 AM

Dalam hidup mesti kita dihidang dengan berbagai-bagai pilihan. Pilihan pulak datang dengan pelbagai cara. Kadang-kadang perkara sebesar kutu pun mampu buatkan engkorang runsing nak memilih.

Contoh, engkorang jumpa kutu lepastu
engkorang rasa keliru sama ada nak bunuh atau nak ternak kutu tu tapi disebabkan engkorang ni pencinta haiwan ( ehh kutu kategori haiwan ke? Ehh lantaklah ) engkorang pilih untuk ternak kutu tu. Tapi ternyata pilihan engkorang tu akan beri kesan negatif pada diri engkorang sendiri.

Ahh mengarut! Tapi ada betulnya jugak kan? Ehh gilalah! Apa kebaikan yang ternak kutu boleh beri pada kau? Selesai analogi mudah untuk engkorang.

Jadi sekarang engkorang dah dapat gambaran tak? Masih tak dapat lagi? Macam nilah, pilihan bukan sahaja datang tapi turut tinggalkan kesan. Kesan pada siapa? Pada si pembuat pilihan.

Teringat lagi masa zaman kecik-kecik, sibuk nak main 'polis entri' dengan kawan-kawan sampai sanggup tahan kencing. Seronok sangat, bila pundi kencing dah nak meletup baru ingat pintu rumah. Berlari pergi tandas, keluar-keluar tandas Mak pun mula bebel. HAHAHA. Mesti engkorang pun pernah buatkan. Tak pernah? Apa sadis nauu zaman kanak-kanak engkorang. HAHAHA.

Balik pada cerita, pilihan memang banyak tapi cuma beri antara dua kesan iaitu baik ataupun buruk. Macam mana nak tentukan kesan dari pilihan yang engkorang buat? Entah aku pun tak tahu, tapi kalau engkorang ada kuasa psikik lain cerita.

Kejap, sebenarnya tanpa kuasa psikik pun engkorang boleh duga sama ada pilihan engkorang tu baik atau sebaliknya. Macam mana? Dengan berfikir panjang a.k.a fikir masak-masak tapi tak perlu panggil Chef Wan sebab perkara ni hanya melibatkan diri engkorang sendiri. Apa tu berfikir panjang? Engkorang boleh buat timbangan dengan senaraikan pro dan kontra tentang sesuatu pilihan tu.
Dengan adanya pro dan kontra dapatlah engkorang pilih pilihan terbaik. 

Mudah! Kan? 

Ni memang basic, tapi tak ramai nak aplikasikan sebab lebih suka ikut gelojak nafsu dalam buat sesuatu pilihan.

Satu lagi, nasihat kawan pun boleh membantu cuma satu yang engkorang kena pastikan. Pastikan kawan engkorang tu yang benar kawan bukan hantu atau spesies makhluk perosak yang suka nak menghancurkan. Paling terbaik, minta nasihat dari Mak Ayah sebab mereka tahu apa yang terbaik untuk engkorang! Ye dokk? 

Jom jadi lebih bijak dalam memilih!

You Might Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

TEST 1

Ping!