Malaysian University English Test (MUET)

7:38 AM

         5 Januari 2015, bermula tepat jam 10 pagi laman web MUET merupakan laman tersibuk kerana mendapat kunjungan daripada ribuan orang. Kenapa? Hari tu merupakan hari di mana keputusan MUET bagi sesi November 2014 diumumkan. Yeayyy! Dah jangan seronok sangat sebab mesti ada yang sedih dan kecewa dengan keputusan yang diperoleh.
          
        Berbalik pada cerita semula. Alhamdulillah, nasib ada alternatif lain bagi menyemak keputusan MUET selain daripada layari laman web berkenaan yang sememangnya takkan lepas kerana server down disebabkan terlalu ramai manusia yang bergelojak nafsu
nak tahu keputusan yang mereka peroleh. Jadi berbekalkan kebijakan yang Tuhan kurniakan ke aku, aku tak terus buang masa duduk ralit tekan butang refresh beratus-ratus kali untuk masuk ke laman tersebut, sebaliknya aku guna cara kedua yang lebih mudah dan efisien; sistem pesanan ringkas (SMS). Mudah memang mudah, tapi kalau masa tu kau cuma ada baki 5 sen kredit pun tak guna sebab cara yang mudah ni dicaj sebanyak 30 sen. Mudah kan? Tapi kena caj, hmm malas nak komen.

       Lepas tunggu dalam dua minit, berbunyilah notifikasi handphone aku. Result dah dapat! Jadi mestilah kau rasa lega nak pulak bila kau lepas dari target yang kau harap. Keputusan melalui SMS ni cuma nyatakan Band yang kau peroleh tapi tak nyatakan sekali markah kau bagi setiap aspek yang diuji dalam MUET; Speaking, Writing, Reading dan Listening. Skala Band yang kau akan dapat pulak adalah antara Band 1-6, kalau kau dapat Wali Band ke atau apa-apa Band ke memang tak wajarlah. Gelaklah sikit! Penat aku buat lawak hambar tu. Yang gelak? Terima kasih. 

          Keputusan dah dapat, muka ada senyum tapi cuma satu yang tak henti berputar dalam kepala. Apa dia? Ya, markah yang aku dapat. Ingat nak senang, tapi yang menyenangkan tu tak details. Terpaksalah jugak aku ikut korang tekan butang refresh berkali-kali. Aip dah jangan nak kutuk, aku tetap bijak lagi walaupun guna jugak cara ni HAHAHA. Agak-agak lepas sejam berseronok tekan butang refresh tu barulah lepas dan dapatlah aku tengok markah aku untuk setiap aspek. Dalam masa sejam tadi bukan langsung tak lepas, tapi kalau lepas pun bila sudah aku isi no kad pengenalan dan nak tekan submit kena refresh semula. Ya, memang menaikkan kemarahan nasiblah aku ni penyabar orangnya HEHEHE. 

          Lepas dah tahu markah, aku dah mula rasa sikit tak puas hati sebab markah yang aku peroleh hanya 2 markah beza untuk naik Band. Heyyy, bukan tak bersyukur dengan apa yang aku peroleh, tapi tahu aku boleh dapat yang sedikit lagi baik. Sikittt lagi! Jadi aku pun bercadang untuk buat semakan semula, mana tahu dapat naik Band korang doa-doakanlah aku. Hmm, bercakap pasal MUET ni korang mesti nak tahu pengalaman kali pertama aku ambil MUET. Nak? Tunggu entri aku lepas ni, How Tragic My MUET Speaking Day Was!
          
          

You Might Also Like

7 Comments

  1. bro, macam mana nak re-check eh? aku pun sama lagi 2 markah nak naik band hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba singgah dekat laman ni untuk dapatkan borang rayuan semakan semula: http://portal.mpm.edu.my/web/guest/rayuan-muet
      p/s: nasihat aku tak payah lah semak semula sebab kemungkinan nak naik markah tu tipis sangat. Lecturer aku pun cakap macam tu. Goodluck!

      Delete
    2. Agak2 kalau lagi 3 markah nak naik ke band 3 boleh ke? Sbb band 3 punya parkah is 140 .tapi i dpt 137 cuba bygkan ..frust kot .. :(

      Delete
    3. Tak dinasihatkan untu recheck sebab potential untu naik markah sangatlah tipis. Better retake MUET semula dan usaha lebih lagi. Goodluck!

      Delete
  2. Abng semak semula ke tak ????.
    Markah saya skrang 178. Kurang dua markah nak dapat band 4.

    ReplyDelete
  3. Abang semak semula ?????
    Markah saya sekarang 178.kurang dua markah je nak dapat band 4.
    Nasihat abang baik recheck atau tak payah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semak. Tapi tak ada perubahan. So better tak payah membazir RM70 tu. Baik simpan. Sebab mostly orang yang recheck takde perubahan markah pon.

      Delete

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

TEST 1

Ping!