Gadis comel dan ...

9:46 PM

Nak dijadikan cerita, tersebutlah suatu petang, di mana aku terus-terusan bermakian dalam hati suci. Hari yang panjang dan sibuk dengan hanya selang rehat antara kelas sepanjang hari ini hanya satu jam. Satu jam tulah yang aku perlu manfaatkan mana nak makan, mana nak solat dan tak lupa berkejar ke kelas yang jauh melampau ditambah pulak dengan ribuan tangga yang perlu didaki diredah yang sememangnya memerlukan daya tahan otot
di bahagian paha yang kental. Dan aku memilikinya .

Dah jangan pertikai. 

Teruskan baca!

Selesai makan di kafe tak berapa mewah di kawasan sebelah Perpustakaan Tunku Abdul Razak (PTAR). Aku bermonolog dalaman seketika, sedap jugak nasi tomato Cik Nani ni, ayam dia jugak sebesar dan secomel dia. Burpp! Sendawa kekenyangan aku.

Selesai makan, aku dengan kawan kelas bercadang untuk tunaikan yang wajib di surau bawah tanah PTAR. Gempak tak? Bawah tanah lagi! Selesai solat hati jadi tenang semula, tapi fikiran meski tak henti protes jadual kelas yang padat. Kalau ikutkan hati nak saja bermalas-malasan tapi sedar diri apa itu tanggungjawab seorang pelajar.

Sedang aku ikat tali kasut, kawan yang lain mula gerak dahulu. Tinggal aku dengan seorang lagi kawan kelas yang masih terkial-kial memakai kasut.

Tiba-tiba aku rasakan rusuk bahagian kiriku seakan bergetar jantung mula mengepam laju. Dupp dapp dupp dapp woop dupp dapp! Rupa-rupanya ada gadis cantik yang hendak turuni tangga manakala aku pulak nak naiki tangga. Maka kami akan berselisih. 

Adakah ini cinta? HAHAHA.


Alis matanya mempersonakan, senyumnya mekar menawan hati, kulit yang putih gebu seakan menggunakan Qu Puteh. Aku mula tak duduk diam, nak saja terkam. Aipp jangan dirty thinking, terkam bantu bawakan buku fizik yang tebal yang dipegangnya di tangan kiri, aku sendiri tak berminat nak bawak buku tu ke kelas dengan turuni dan mendaki tangga sepanjang tangga di Batu Caves.

Aku pantas membetulkan sedikit pakaianku, meraup wajah comelku, bersedia hulurkan senyuman. Mata tak henti memerhati wajah mulusnya.
Dia balas senyuman aku. Dan kami pun berselisih.

Sedang kami berselisih seakan ada bau yang menyengat hidung. Bau yang terkepam lama, yang masuk mencucuk-cucuk ke hidung. Seakan asid. Terkejut dengan itu, aku mula hidu bau badan dan sah bukan dari aku. Aku saling berpandangan dengan kawan kelas. Tergelak berdekah kami.
Kami pun saling bermakian dengan apa yang kami hadap tadi. Rasa yang tadi sekelip mata jadinya tawar. Terus berjalan ke kelas hadapi hari yang memenatkan.

** mohon Rexona hadir buat kempen beri Rexona percuma pada pelajar  **

You Might Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

Ping!