24 Januari 2015

2:04 AM

Kau seperti abu yang bila di tiup angin menjadi debu yang berterbangan di udara. Hati kau lembut, selembut bayu yang selalu menyapa kedua belah pipimu. Hati kau juga rapuh tanpa aku pasakkan kata-kata yang hanya mahu kau dengarkan. Kadang kau marah, kata kau aku tak cuba fahami, selami. Sedarnya aku lebih memahami, tapi mula ajarkan kau pijak di kaki sendiri, punyai pendirian, bangkit hidup yang nyata. Hakikatnya memang berbeza bukan seperti yang aku gambarkan pada kau. Bukan yang kau idamkan. Jauh lagi yang kau harapkan. Bahkan menyakitkan kau yang merasa. Pernah aku cuba tanamkan benci dihati kau, lama kau aku abaikan. Ternyata aku tersilap, kau tak mudah membenci. Hati kau makin kuat dibalut rasa, dipasak kata yang aku cipta. Makin aku keliru.

Adanya kau cukup membahagia, semua yang aku lakukan mudah jadinya. Kau tempat aku luahkan rasa, sumber inspirasi, suntik semangat. Biar dusta yang kau semaikan, biar aku tahu hakikat yang kau pendamkan, aku tak duli. Asal cukup sedapkan hati, bantu aku senafas lagi. Bodoh, bukannya aku. Pada harap dan waktu aku percaya. Waktu itu merubah segala, harap meski aku tak pasti, percaya itu tetap ada. Segaris luka kau berikan, sepalit benci pun tak tercipta. Memang sakitnya luka, tapi cinta mana yang tak menyakitkan. Satu pesan jangan kau pergi saat aku perlukan, tinggalkan rasa yang kau cipta memasung hati. Simpati kau aku tak raih, cukup ikhlas rasa yang kau beri. Bantu aku hidup, hadap hari mendatang. Kekal ada bersama aku. Ya benar silapnya aku, kau aku jadikan sumber hidup. Hilangnya kau rapuh jadinya aku. Pengakhiran yang aku nanti, biar tak mampu bernafas lagi. Aku terima.

You Might Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.

Followers

ALIRAN TRAFIK

TEST 1

Ping!